MAKLUMAT PESAKIT
NAMA : MOHD RIZAL BIN xxxxx
UMUR : 19 TAHUN
JANTINA : LELAKI
KETURUNAN : MELAYU
W/NEGARA : MALAYSIA
R/N : 806637
NO I/C : 910805-xx-xxxx
PENGENALAN
Chest
tube (chest drain atau tube thoracosomy) merupakan satu tiub plastik
flaksibel yang akan dimasukkan melalui
bahagian sisi dada ke ruangan pleural. Ianya bertujuan untuk mengeluarkan udara
(pneumothoraks), chest tube juga digunakan untuk membuang cecair seperti darah (haemotoraks),nanah (empyema)
dan efusi plural. Chest tube juga merupkan salah satu emergency prosedur.
chest tube
PNEUMOTORAK
Pengumpulan udara di dalam kaviti pleural.
Ianya boleh berlaku secara spontan.
Pneumotoraks boleh disebabkan tebukan atau tusukan pada kaviti dada seperti
tusukan pisau, tembakan peluru dan sebagainya. Jika udara dan tekanan diluar
terlalu banyak masuk kedalam kaviti dada, tekanan didalam akan semakin
bertambah dan menyebabkan paru-paru semakin mengecil akibat daripada tekanan
tersebut.
Kebiasaanya
disebabkan oleh kecederaan akibat trauma, kecederaan daripada alatan tumpul
(blunt trauma) contohnya dihempap benda
keras pada bahagian dada dan sebagainya. Hasilnya menyebabkan membrane serous
yang menyelaputi paru-paru runtuh, pecah dan sebagainya. Hal ini menyebabkan darah
akan memenuhi ruangan pleural. Paru-paru akan mendapat tekanan yang tinggi
akibat daripada darah yang terkumpul pada ruangan ini kerana setiap sisi thorax
dapat menampung 30-40% daripada volume darah manusia. Walaupu kecederaan yang
minor pada dinding dada akan membawa kepada haemothoraks.
EMPYEMA
Pleural empyema juga dikenali sebagai “pyothorax” ataupun “purulent pleuritis”, merupakan pengumpulan
nanah dalam rongga pleural. Kebanyakan empyema disebabkan jangkitan yang
berlaku pada paru-paru (pneumonia), ia mempunyai tiga tahap iaitu exudative,
fibrinopurulent dan organizing. Pada
tahap exudative, nanah atau pus akan berkumpul. Proses ini akan diikuti dengan
tahap kedua iaitu fibrinopurulent, dimana terdapat loculation cecair pleural (
pembentukan poket nanah). Pada peringkat akhir, parut yang timbul pada pleural
space akan menyebabkan masalah kepada paru-paru untuk berfungsi secara normal.
empyema
Size of Chest Tube
|
|
Adult or Teen Male
|
28-32 Fr
|
Adult or Teen Female
|
28
Fr
|
Child
|
18 Fr
|
Newborn
|
12-14 Fr
|
PROSEDUR UNTUK CHEST TUBE
1.
Meneliti dan menilai keperluan
dan keadaan pesakit sebelum memasukkan tiub thoracostomy .
2 Pastikan ruangan yang ingin ditebuk
adalah tepat bagi mengelakkan sebarang komplikasi iaitu di garisan tengah
axilary, diantara 4 th dan 5 th rusuk, biasanya pada
garisan lateral nipple.
3. Gunakan 2% lidocaine bagi memberikan
kesan anestesia kepada pesakit kerana prosedur ini amat menyakitkan terutama
bagi pesakit yang sedar. Biuskan kulit, tisu otot sehingga ke pleural.
CHEST TUBE INSERTION
CHEST TUBE DRANAGE
CARA-CARA MELAKUKAN CHEST TUBE
1) -Setelah
kesan anesthetic berkesan, lakukan insisi 3-4cm pada kulit dan subcutaneous
tisu iaitu diantara 4 th dan 5 th rusuk sejajar dengan
margin rusuk.
2)
-Teruskan insisi melalui otot intercostal, dan sampai ke pleura
3)
-Masukkan “Kelly clamp” melalui pleura dan buka rahang “kelly clamp”
dengan luas sejajar dengan rusuk (ini akan menyebabkan pneumotorak dan
menyebabkan paru-paru mengecut (flail chest) akibat tekanan udara daripada
luar.
4) -Masukkan jari melalui insisi dan
terus ke dalam rongga dada. Pastikan
anda dapat merasai paru- paru (atau ruang kosong) dan bukan hati atau limpa.
5) -Genggam hujung chest tube dengan
kuat menggunakan “Kelly Forcep” dan masukkan tiub melalui lubang yang telah
dibuat dipleural tadi. Setelah tiub memasuki “thorasic cavity”, masukkan tiub
secara manual tanpa menggunakan “Kelly Forcep”.
Jika chest tube yang digunakan dari
jenis yang mempunyai “trocar”, pegang tiub tersebut dengan satu tangan dekat
dengan hujung trocar yang tajam kemudian pandu tiub tersebut perlahan-lahan dan
berhati-hati melalui lubang pada selaput paru-paru hingga ke dalam rongga dada.
Buang trocar apabila telah diyakini tiub tadi telah masuk ke “cavity”. Masukkan
sehingga 1/2 hingga 2/3 daripada panjang
tiub tersebut.
6) - Clamp bahagian hujung luar tiub menggunakan Kelly Clamp
7) - Lakukan sedikit suture dan sedikit tampalan agar tiub tidak tertanggal atau bergerak-gerak
8) -Sambungkan tiub pada suction unit
9) -Lakukan Xray dada, sekiranya ingin memastikan tiub tersebut betul pada kedudukannya.
Rumusan
Dengan
pembelajaran ini saya dapat merumuskan bahawa penggunaan chest tube kepada
pesakit yang mengalami pnemothorak,hematorax,dan empyema adalah amat penting
kerana paru-paru kita perlulah mengembang dengan sempurna semasa proses
menyedut oksigen bagi membantu oksigen dihantar keseluruh badan.dan kegagalan
melakukan chest tube kepada pesakit boleh menyebabkan pesakit itu akan
mati.teknik chest rtube juga perlulah dilakukan dengan steril dan berhati hati.
Pastikan
ruangan yang ingin ditebuk adalah tepat bagi mengelakkan sebarang komplikasi
iaitu di garisan tengah axilary, diantara 4 th dan 5 th
rusuk, biasanya pada garisan lateral nippledan pemberian ubat anesthesia
seperti linocane2% adalah amat penting untuk mengilangkan rasa sakit(bius)
semasa menjalankan prosedur kepada pesakit.
RUJUKAN
1)
Milikan JS, Moore EE, Steiner E,
Aragon GE, Van Way CW 3rd. Complications of tube thoracostomy for acute
trauma. Am J Surgery.
3)
Mattox KL, Allen MK. Systematic
approach to pneumothorax, haemothorax, pneumomediastinum and subcutaneous
emphysema. Injury. Symposium paper
5)
Etoch SW, Bar-Natan MF, Miller FB,
Richardson JD. Tube thoracostomy. Factors relating to complications. Archives of Surgery.
No comments:
Post a Comment