followlah..

iKlaNNN

Sunday, May 24, 2015

andai....

andai...ditakdirkan esok tiada lagi kembaraku...
andai...ditakdirkan esok tiada lagi senyuman ku.....
andai...ditakdirkan esok tiada lagi bayangku.....
andai... ditakdirkan esok aku hanya tinggal sebuah nama...

jangan pernah dilupakan... disaat aku sepi...
kau hadir menemani sepi ku...
tika aku mengalir air mataku...
kau mengusap membelai wajahku...
kau kekuatan ku...kau semangatku...

tiada apa yang aku ingin kan...
hanyalah secebis kasih sayangmu..
tiada apa yang aku ingin kan..
hanya sedikit  rasa hormat...

ya.. aku tahu..aku bukan ..
seorang lelaki yang sempurna...
aku bukan seorang lelaki...
yang memiliki segala galanya...
tapi..aku punyai hati ...
yang tulus mencintaimu
sebuah hati yang terlalu bersabar untukmu...
sebuah hati yang sangat setia bersamamu...
sebuah hati yang  menerima mu seadanya...

sayang ku...
akan aku cuba sedaya upayaku...
mempertahan kan cinta ini...
akan aku cuba kuat melindungi mu...
akan aku cuba setia hanya padamu....
kerna aku adalah seorang suami....

hai sang hati.....

hari ni.... pukul 10.30 dpt panggilan dr klinik... " halooo.. staffnurse aku call... weh..ko tak keje ke ari ni....??? alamakkk... aku tak teringat pon hadoi...cepat2 mandi n pakai baju g keje.. da la masa tu tgh sedap tido... ye la...hari ni ahad.... org semua cuti... aku lak kene keje... terlambat la sudah......
semalam xleh tido... entah pa mende la yang duk bermain di fikiran aku.... macam2 benda... tp.. hidup kene teruskan... dan aku cuba untuk jadi yang terbaik... better than yesterday... but some time... ade jugak terbabas... katenye ore kelate..gelecoh masuk rok... atau bahasa melayunya..terbabas masuk semak.. ni kira macam kiasan la.... hati ni sebenarnya tengah bersedih.... tp... cuba untuk kuat.... sedih sebab ape...?? adela... biasa la..manusia..Allah kurniakan perasaan sedih,gembira,takut....

Saturday, May 23, 2015

BELAJAR..... CHEST TUBE

MAKLUMAT PESAKIT
NAMA                 :         MOHD RIZAL BIN xxxxx
UMUR                 :         19 TAHUN
JANTINA            :         LELAKI
KETURUNAN     :         MELAYU
W/NEGARA        :         MALAYSIA
R/N                      :         806637
NO I/C                 :         910805-xx-xxxx       


PENGENALAN
Chest tube (chest drain atau tube thoracosomy) merupakan satu tiub plastik flaksibel  yang akan dimasukkan melalui bahagian sisi dada ke ruangan pleural. Ianya bertujuan untuk mengeluarkan udara (pneumothoraks), chest tube juga digunakan untuk membuang cecair  seperti darah (haemotoraks),nanah (empyema) dan efusi plural. Chest tube juga merupkan salah satu emergency prosedur.

                                                                        chest tube



 PNEUMOTORAK
Pengumpulan udara di dalam kaviti pleural. Ianya  boleh berlaku secara spontan. Pneumotoraks boleh disebabkan tebukan atau tusukan pada kaviti dada seperti tusukan pisau, tembakan peluru dan sebagainya. Jika udara dan tekanan diluar terlalu banyak masuk kedalam kaviti dada, tekanan didalam akan semakin bertambah dan menyebabkan paru-paru semakin mengecil akibat daripada tekanan tersebut.







  HAEMOTORAKS?



Kebiasaanya disebabkan oleh kecederaan akibat trauma, kecederaan daripada alatan tumpul (blunt trauma)  contohnya dihempap benda keras pada bahagian dada dan sebagainya. Hasilnya menyebabkan membrane serous yang menyelaputi paru-paru runtuh, pecah dan sebagainya. Hal ini menyebabkan darah akan memenuhi ruangan pleural. Paru-paru akan mendapat tekanan yang tinggi akibat daripada darah yang terkumpul pada ruangan ini kerana setiap sisi thorax dapat menampung 30-40% daripada volume darah manusia. Walaupu kecederaan yang minor pada dinding dada akan membawa kepada haemothoraks.





EMPYEMA
Pleural empyema juga dikenali sebagai “pyothorax”  ataupun “purulent pleuritis”, merupakan pengumpulan nanah dalam rongga pleural. Kebanyakan empyema disebabkan jangkitan yang berlaku pada paru-paru (pneumonia), ia mempunyai tiga tahap iaitu exudative, fibrinopurulent dan organizing.  Pada tahap exudative, nanah atau pus akan berkumpul. Proses ini akan diikuti dengan tahap kedua iaitu fibrinopurulent, dimana terdapat loculation cecair pleural ( pembentukan poket nanah). Pada peringkat akhir, parut yang timbul pada pleural space akan menyebabkan masalah kepada paru-paru untuk berfungsi secara normal.













empyema


Size of Chest Tube
Adult or Teen Male
28-32   Fr
Adult or Teen Female
28         Fr
Child
18        Fr
Newborn
12-14   Fr


PROSEDUR UNTUK CHEST TUBE
1.         Meneliti dan menilai keperluan dan keadaan pesakit sebelum memasukkan tiub thoracostomy .
2          Pastikan ruangan yang ingin ditebuk adalah tepat bagi mengelakkan sebarang komplikasi iaitu di garisan tengah axilary, diantara 4 th dan 5 th rusuk, biasanya pada garisan lateral nipple.
3.         Gunakan 2% lidocaine bagi memberikan kesan anestesia kepada pesakit kerana prosedur ini amat menyakitkan terutama bagi pesakit yang sedar. Biuskan kulit, tisu otot sehingga ke pleural.

                         CHEST TUBE INSERTION





    
                          CHEST TUBE DRANAGE





CARA-CARA MELAKUKAN CHEST TUBE

1)     -Setelah kesan anesthetic berkesan, lakukan insisi 3-4cm pada kulit dan subcutaneous tisu iaitu diantara 4 th dan 5 th rusuk sejajar dengan margin rusuk.
            2)  -Teruskan insisi melalui otot intercostal, dan sampai ke pleura
3)  -Masukkan “Kelly clamp” melalui pleura dan buka rahang “kelly clamp” dengan luas sejajar                dengan rusuk (ini akan menyebabkan pneumotorak dan menyebabkan paru-paru mengecut (flail        chest) akibat tekanan udara daripada luar.

                                         


4) -Masukkan jari melalui insisi dan terus  ke dalam rongga dada. Pastikan anda dapat merasai paru-       paru (atau ruang kosong) dan bukan hati atau limpa.

5) -Genggam hujung chest tube dengan kuat menggunakan “Kelly Forcep” dan       masukkan tiub          melalui lubang yang telah dibuat dipleural tadi. Setelah tiub memasuki “thorasic cavity”, masukkan       tiub secara manual tanpa menggunakan “Kelly Forcep”.
                           

Jika chest tube yang digunakan dari jenis yang mempunyai “trocar”, pegang tiub tersebut dengan satu tangan dekat dengan hujung trocar yang tajam kemudian pandu tiub tersebut perlahan-lahan dan berhati-hati melalui lubang pada selaput paru-paru hingga ke dalam rongga dada. Buang trocar apabila telah diyakini tiub tadi telah masuk ke “cavity”. Masukkan sehingga 1/2  hingga 2/3 daripada panjang tiub tersebut.

6) - Clamp bahagian hujung luar tiub menggunakan Kelly Clamp
7) - Lakukan sedikit suture dan sedikit tampalan agar tiub tidak tertanggal atau bergerak-gerak
8) -Sambungkan tiub pada suction unit
9) -Lakukan Xray dada, sekiranya ingin memastikan tiub tersebut betul pada kedudukannya.

Rumusan
Dengan pembelajaran ini saya dapat merumuskan bahawa penggunaan chest tube kepada pesakit yang mengalami pnemothorak,hematorax,dan empyema adalah amat penting kerana paru-paru kita perlulah mengembang dengan sempurna semasa proses menyedut oksigen bagi membantu oksigen dihantar keseluruh badan.dan kegagalan melakukan chest tube kepada pesakit boleh menyebabkan pesakit itu akan mati.teknik chest rtube juga perlulah dilakukan dengan steril dan berhati hati. Pastikan ruangan yang ingin ditebuk adalah tepat bagi mengelakkan sebarang komplikasi iaitu di garisan tengah axilary, diantara 4 th dan 5 th rusuk, biasanya pada garisan lateral nippledan pemberian ubat anesthesia seperti linocane2% adalah amat penting untuk mengilangkan rasa sakit(bius) semasa menjalankan prosedur kepada pesakit.



RUJUKAN
1)      Milikan JS, Moore EE, Steiner E, Aragon GE, Van Way CW 3rd. Complications of tube thoracostomy for acute trauma. Am J Surgery.
3)      Mattox KL, Allen MK. Systematic approach to pneumothorax, haemothorax, pneumomediastinum and subcutaneous emphysema. Injury. Symposium paper
4)      WWW.WIKIPEDIA.COM
5)      Etoch SW, Bar-Natan MF, Miller FB, Richardson JD. Tube thoracostomy. Factors relating to complications. Archives of Surgery.





PutRa peNyu

nape sy cipta blog ni...entah la.. sy pun tak tahu..saje boring2..hehehe.. kepada sume pembaca harap layanzz jee ekk..hehehe



Gratisan Musik

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Search This Blog